home

Thursday, January 2, 2014

Cerpen

Planet Exeria



Ketika mentari pagi baru hendak memunculkan dirinya, loceng rumah Adilah dibunyikan berkali-kali sepertinya seseorang sedang marah diluar sana. "Bismillahirrahamanirrahim. Janganlah orang jahat pulak yang nak datang kat rumah aku ni." Sambil membaca lafaz kalimah suci itu, Adilah pun membuka pintu rumahnya. "Ya Allah Ya Tuhanku, kauorang rupanya. Buat apa datang sini pagi-pagi ni? Aku ingatkan penceroboh mana pula yang datang nak buat kecoh pagi-pagi ni." "Ya lah, kitaorang lah. Siapa lagi? Tahu tak kenapa kitaorang datang jumpa kau pagi-pagi yang hening sangat ni?" Tanya Syaza, salah seorang rakan Adilah yang datang ke rumahnya itu. "Kalau aku tahu kauorang nak datang, takdelah aku nak menakutkan diri dengan memikirkan perompak ke penceroboh mana pula yang nak datang rumah aku ni. Jadi, apa puncanya kauorang datang sini ni, Syaza, Afifah?"


"Kitaorang datang ni nak beritahu berita gembira dekat kau, tapi bukan gembira pada kami lah yang semestinya." Adilah tidak tahu apakah yang hendak disampaikan oleh mereka lalu dia menggesa rakannya untuk memberitahunya segera perkara yang sebenar. "Ya lah, sabar sikit boleh tak? Gelojoh sangat, kitaorang bukannya nak lari pun lah." Kata Afifah sambil mencubit lengan Adilah, rakan baiknya. "Sebenarnya macam ni, kan kau ingat tak dulu kau pernah beritahu kitaorang yang kau nak kaji alam cakerawala semua ni? Ingat lagi tak?" Adilah berfikir sejenak sebelum memberikan jawapannya kepada rakannya. "Ya, ingat. Kenapa pula?" 'Aku ni dah fikir betul-betul ke sebelum nak tunjuk perkara ni dekat dia? Memanglah nak dia gembira, tapi, belum cuba belum tahu. Harap-harapnya pekerjaan ni tidak membahayakan nyawanya lah.' Monolog Afifah di dalam hatinya sambil mengeluarkan tablet daripada beg tangannya. "Dah baca benda ni belum?" Soal Afifah kepada Adilah sambil menunjukkan berita yang telah dibacanya beberapa hari yang lalu. "Tawaran kerja diluar bumi daripada Syarikat Galaxies Researcher?" Tanya Adilah kepada rakannya. "Ya. Diaorang nak buat kajian tentang kejadian di luar bumi ni. Macam yang kau cakap pada kami." "Ya Allah, macam tak percaya je. Betul ke wujud semua ni?" "Ya. Kau ni aku cubit kau kejap lagi baru kau tahu. Baca bagi habis boleh tak?" Marah Syaza kepada Adilah.



"Assalamualaikum. Kauorang! Weh, aku ni nak bagitahu dekat kauorang ni. Yang pasal tawaran kerja tu. Aku dah telefon Galaxies Researcher tu. Dia kata kalau nak kerja tu, aku kena cepat. Beri resume semua tu dekat diaorang. Perlu temuduga juga lah. Doakan aku tau kauorang? Mak ayah aku, adik-beradik semua kata, go for your choice. Lagipun pihak diaorang kata, pekerjaan ni tidak merbahayakan. Kalau membahayakan nyawa kitaorang pekerja ni, mereka akan bertanggungjawab. Jadi, kauorang terima tak?" Dua orang rakannya hanya tersenyum gembira. "Kitaorang akan doakan kau. InsyaAllah, jangan risau. Nothing will happen. Semua Allah dah aturkan. Kau usaha lah bagus-bagus. Pasal temuduga tu, kitaorang akan datang rumah kau kasi padan baju lawa-lawa, eventough diaorang tengok keyakinan kau, tapi penampilan pun mesti kena lawa kan? Dah, jangan risau apa-apa. Serah semuanya dekat Allah. Ok sayangku?" Kata Afifah kepada Adilah bagi menambahkan keyakinan serta semangatnya. "Haah. Jangan risau tau. Pasal conversation, kita tidak akan terputus. Aku dah reka satu alat perhubungan dengan pengangkutan, kalau nak balik hari pun boleh menggunakan pengangkutan tu. Tak perlu bayar, aku kasi hadiah percuma je dekat kau. And to your family too. So, hari-hari boleh tatap muka keluarga kau tu. Gembira lah kau hari-hari dekat sana ya. Dan, untuk pekerjaan tu, aku yakin kau dapat punya kerja tu. Kan kau dah ada pengalaman sebelum ni walaupun dalam Malaysia je." "Ya Allah Ya Rabbi, aku tak pernah expect pun nak dapat apa-apa benda yang canggih macam tu. Kau ni dah terlebih baik sangat ni dah kenapa. Dah siap-siap buat macam tahu je aku nak pergi luar bumi ni. Terima kasih kauorang, sebab support aku. Kalau macamtu, hari-hari aku akan telefon kauorang lah. Sekejap, kalau tak sibuk lah, hehe." Kata Adilah sambil tersenyum. 


Beberapa bulan telah berlalu. Adilah sudah pun ditemuduga dan telah berjaya diterima untuk bekerja di Syarikat Galaxies Researcher itu. Persiapan semua telah dibuat dan sekarang masanya untuk dia dan rakan sekerjanya untuk berlepas di angkasa. "Syaza, Afifah, terima kasih sangat-sangat sebab bantu aku. Sebab beritahu berita ni dekat aku. Kalau tak, sampai bilalah aku tak dapat nak capai cita-cita aku ni. Dalam mimpi bolehlah agaknya." "Alah, kau ni. Benda kecil je pun. Dah duduk sana jangan sedih-sedih, jangan leka, peka semua benda. Salah sikit boleh bahayakan nyawa. Kau tu duduk situ oksigennya mana sama dekat bumi ni. Ingat tu." "InsyaAllah, doakan aku tau kauorang. Ha, tu dia dah panggil dah tu. Remote kereta tu nanti tekan kereta tu datang sini kan?" "Haah. Jangan lupa pulak. Karang kot kalau rindu tiba-tiba, tak boleh balik. Hahaha." 


Pengumuman panggilan buat kali kedua telah dibuat. Semua pekerja Galaxies Researcher diminta masuk ke dalam pengangkutan yang akan terapung di luar bumi bagi menjalankan kajian. Kelengkapan tempat tinggal serta keperluan setiap pekerja telah tersedia di dalam pengangkutan tersebut. Pengangkutan tersebut telah dibina oleh pengasas Syarikat Galaxies Researcher itu sendiri. Kenderaan tersebut mampu terapung di udara yang mempunyai daya tarikan graviti yang rendah. Dan mampu menanggung seberapa lama pun kehidupan tanpa graviti di luar bumi. 


"Weh, weh, dah panggil dah tu. Kena pergi dah ni. Jaga diri duduk sini. Tengok-tengokkan mak ayah aku, adik-beradik aku, sementara aku takde dekat sini ni. Nanti dah sampai sana, aku call kauorang semua. Dah, dah. Jangan sedih. Aku nak jumpa mak ayah, adik-beradik aku ni. Bye kauorang. Assalamualaikum. Meh sini salam sikit. Peluk cium aku ni ha." Kata Adilah buat kali terakhir kepada rakannya, Syaza dan Afifah sambil memeluk mereka berdua. "Ok, bye, assalamualaikum." Salamnya dijawab oleh mereka berdua. "Dila, jangan lupa call kitaorang tau! Bye! Waalaikumsalam."


Setelah beberapa bulan menjalankan kajian, Adilah telah menemukan sebuah planet baru. Planet tersebut telah dikajinya dan didapati bahawa manusia dibumi mampu dan boleh hidup seperti mereka hidup dibumi di planet baru tersebut. Adilah telah mencadangkan kepada pihak berkuasa dan pihak atasan agar mencuba dengan menghantar seekor monyet untuk tinggal disitu untuk diuji kaji. Sama ada benar jika manusia boleh hidup disitu. Dan setelah beberapa hari berlalu, cadangannya telah diterima oleh pihak atasan lalu uji kaji tersebut dijalankan dengan segera. Seekor monyet telah digunakan dan telah dihantar untuk mendiami planet baru tersebut. Jika monyet tersebut mampu hidup di planet tersebut, planet tersebut akan diisytiharkan sebagai positif untuk kehidupan manusia dan akan diberikan nama oleh Adilah kerana telah menemukan planet tersebut. Penduduk bumi juga akan diberitahu tentang kewujudan planet tersebut dengan serta merta. Pihak atasan mencadangkan agar separuh daripada penduduk bumi akan dipindahkan ke planet baru tersebut. Adilah cukup gembira dengan berita tersebut. Lalu, keesokannya, dia menelefon keluarganya serta rakannya memberitahu akan hal tersebut.


Kajian yang dijalankan menunjukkan hasil yang positif. Bangunan dan tempat tinggal serta keperluan manusia dibumi untuk hidup disana telah dibina dengan menggunakan robot ciptaan sebuah syarikat yang terkemuka. Dalam masa setahun, planet tersebut sudah dilengkapi dengan kelengkapan keperluan manusia bumi. Adilah telah menamakannya sebagai planet Exeria. Separuh penduduk telah dipindahkan ke Exeria. Manusia di Exeria telah berjaya memajukan bandar-bandar yang dibina disitu. Adilah bersama keluarganya serta rakannya juga telah berjaya di planet Exeria. Pendidikan berdasarkan agama Islam diperkukuhkan lagi dengan lebih meluas di Exeria. Penduduk di bumi juga tidak kurang berjaya seperti di Exeria. Masalah kemiskinan tegar juga dapat dihapus dengan kemajuan yang dialami oleh Exeria dan Bumi.


Saturday, December 14, 2013

NENEK TUA DIPONDOK USANG



Di sebuah pondok usang,
Tinggal nenek tua keseorangan,
Kesepian, Kelaparan,
Tiada siapa disisi,
Untuk memebelai hati,
Yang tua, Yang lara.

Kemana perginya anak cucu,
Untuk melepas rindu,
Untuk bercerita duka lara,
Yang bersarang didada?
Yang hanya dia yang rasa?

Disebuah pondok usang,
Nenek tua berduka cita,
Mengharap belas kasihan,
Jiran-jiran tetangga,
Yang berhati mulia menghulur bantuan,
Walau hanya sesuap nasi.

Bantulah, Wahai insan,
Nenek tua dipondok usang,
Demi sebuah harapan,
Demi sebuah kehidupan,
Yang mengharapkan belas kasihan,
Manusia sesama manusia.